Wednesday, January 4, 2012

Rawatan Pemutihan Gigi

Bilakah kali terakhir anda bertemu dengan doktor gigi untuk membuat rawatan? Pastikan anda meluangkan sedikit masa untuk membuat rawatan gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Kaedah Pelunturan Gigi yang juga dikenali sebagai Rawatan Pemutihan Gigi, adalah prosedur biasa di dalam bidang pergigian terutamanya dalam bidang Kosmetik Pergigian.

Gigi susu seorang kanak-kanak pada kebiasaannya akan tanggal dan diganti dengan gigi kekal setelah mencapai peringkat umur belasan tahun.
   
"Apabila seseorang semakin meningkat dewasa, warna putih asal gigi akan menjadi semakin pudar akibat berlaku perubahan struktur mineral gigi kerana lapisan enamel gigi menjadi kurang poros."

Gigi juga akan menjadi kekuningan disebabkan oleh pigmen bakteria, makanan, minuman dan tembakau. Sesetengah ubat antibiotik seperti tetracycline akan juga menyebabkan gigi menjadi kuning atau mengurangkan keputihan pada lapisan enamel gigi.

Mengikut FDA, pemutihan akan memulihkan warna asal gigi dan pelunturan akan memutihkan gigi melebihi warna asal. Ada terdapat berbagai kaedah untuk memutihkan gigi, seperti memberus gigi, penggunaan plaster peluntur, penggunaan pen peluntur, penggunaan gel peluntur, kaedah pelunturan laser dan pelunturan secara semulajadi.

Kaedah pemutihan tradisi di rumah akan menggunakan bekas mengandungi gel 'carbamide peroxide' yang akan bertindak dengan air untuk menghasilkan 'hydrogen peroxide. Carbamide peroxide mempunyai tiga kali ganda daripada hydrogen peroxyde. 

Sementara itu, kit peluntur yang ada terdapat di kedai-kedai ada menggunakan kaedah plaster yang di tampalkan di bahagian depan gigi. Agen pengoksidaan peroksida akan menyerap masuk melalui rongga-ronga enamel pada gigi yang berbentuk menyerupai struktur rod kristal dan menlunturkan bahan-bahan kotoran yang terkumpul pada dentin.

Pelunturan yang lebih berkesan akan menggunakan tenaga cahaya yang akan membantu mempercepatkan proses pelunturan. Kesan daripada pelunturan ini akan bertahan sehingga beberapa bulan, tetapi akan berubah mengikut cara hidup seseorang. 

Faktor-faktor yang akan mengurangkan keputihan pada gigi adalah seperti merokok, pengambilan minuman seperti teh, kopi dan wed wine.

Gigi juga boleh diputihkan menggunakan pembersih gigi. Kekuningan pada bahagian dalaman dentin boleh mengakibatkan gigi menjadi kuning dari dalam ke luar. Kaedah pelunturan dalaman akan mengatasi masalah ini. Sekiranya terdapat kekotoran atau kerosakan 'tetracycline' pada gigi seseorang, dan kaedah pemutihan tidak berkesan, ada juga terdapat cara lain untuk memutihkan gigi.

Bonding adalah satu lagi kaedah pemutihan yang menggunakan bahan komposit. Ianya akan disapukan di bahagian hadapan gigi dan dikeringkan menggunakan cahaya biru bagi menutupi lapisan kuning yang terdapat pada permukaan gigi. Hasilnya, kekuningan pada gigi tidak akan lagi kelihatan di bahagian hadapan gigi kerana telah ditutupi oleh lapisan komposit tersebut. "Veneer" boleh juga di gunakan untuk menutupi kekuningan pada permukaan gigi.

Dapatkan Produk pemutihan gigi yang sangat berkesan di sini.

No comments:

Post a Comment