Wednesday, January 4, 2012

Rawatan Pemutihan Gigi

Bilakah kali terakhir anda bertemu dengan doktor gigi untuk membuat rawatan? Pastikan anda meluangkan sedikit masa untuk membuat rawatan gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Kaedah Pelunturan Gigi yang juga dikenali sebagai Rawatan Pemutihan Gigi, adalah prosedur biasa di dalam bidang pergigian terutamanya dalam bidang Kosmetik Pergigian.

Gigi susu seorang kanak-kanak pada kebiasaannya akan tanggal dan diganti dengan gigi kekal setelah mencapai peringkat umur belasan tahun.
   
"Apabila seseorang semakin meningkat dewasa, warna putih asal gigi akan menjadi semakin pudar akibat berlaku perubahan struktur mineral gigi kerana lapisan enamel gigi menjadi kurang poros."